



Video Behind the scene (BTS) Gambar studio raya di adx studio shah alam
Studio Photography Set Raya Shah Alam
Set 1 : Tema Cinematic Garden
Tema cinematic garden ini dihasilkan kerana ingin memberikan kelainan pengalaman bergambar kepada pelanggan kami. Dalam set ini gambar menggunakan ribuan daun daun artificial yang membolehkan gambar seolah olah dihasilkan dalam kawasan taman. Kami juga memasang lampu kelip untuk menampakkan suasana malam. Menariknya, untuk menampakkan gambar kelihatan lebih cantik, kami akan blurkan kawasan latar belakang supaya subjek kelihatan 3 dimensional dan terpisah dari latar.
Merakam suasana malam sebenarnya adalah amat mencabar kerana studio perlu digelapkan supaya kelipan lampu tersebut nampak jelas dalam gambar. tetapi ini membuatkan subjek kelihatan gelap dan cahaya yang dipancarkan kepada subjek perlu dikawal supaya cukup utk menerangi subjek tetapi tidak membuatkan latar belakang nampak terang. Merakam gambar seperti ini sebenarnya sangat dielakkan oleh jurugambar, apatah lagi untuk menjanjikan unlimited capture, sebabnya apabila kami menjanjikan unlimited capture, kami perlu memastikan kebanyakan gambar adalah usable terus dari kamera tanpa perlu diedit edit lagi. Apabila merakam beratus ratus gambar tetapi kemudian perlu diedit, adalah sesuatu kerja yang “horror” utk jurugambar.
Dalam masa yang sama, kami juga mengubahsuai composition mengikut kesesuaian, kadang kadang wide angle, kadang kadang close up, dan kadang kala dari arah berbeza, terutamanya jika merakam gambar anak anak.
Gambar yang dirakam akan dipaparkan terus dihadapan anda, anda boleh menilai gambar yang dirakam. Anda boleh terus mengubahsuai kedudukan, posing, cara senyuman, cara pelukan dan sebagainya jika perlu.
Gambar raya di studio
Gambar Studio Raya
AD STUDIO
Photo Studio Shah Alam
Shoplot : Floor 01, Unit No 05
Alam Idaman Serviced Apartment, Jalan Budiman 22/3
Shah Alam Selangor.
0133173128