Gambar Raya Di Studio

Nak bergambar dengan latar belakang raya yang sebenar? Mestilah kena ada lampu raya, raya kan lebih meriah kalau ada lampu lip lap yang berwarna warni. 

Kami je satu-satunya studio yang ambil risiko dengan buat set dengan lighting yang amat mencabar ni. Nak nampakkan muka terang dan background yang gelap dengan lampu raya, memang agak mencabar secara teknikal, apatah lagi  bila nak ambil gambar dengan macam macam kreativiti, dan nak hasil konsisten On the spot, memang tak ramai photographer nak buat sebab sangat berisiko. Silap gaya gambar keluar gelap gelap semua. Tapi kami bukan saja konsistent, kami paparkan terus hasil gambar pada tv besar, depan client, on the spot. 

Insya allah, dengan pengalaman kami lebih 15 tahun sebagai jurugambar sepenuh masa, kami mampu bantu anda dapatkan gambar yang consistent elok. Terpulang kepada customer utk pakai comel comel, dan insya allah kami akan bantu pose kan kat studio. Nak formal boleh, nak candid boleh, nak shoot anak anak je pun boleh. Semua boleh.. kami layan je janji client happy. 

Yang penting kenalah datang tepat pada masa ye.. kami selalu fully booked jadi wajib booking dulu. Kami tak dapat serve walk in.. kami pun tak mahu ada risiko client datang walk in, tapi kena tunggu berjam jam utk bergambar, nanti viral pulak kami sebab tak puas hati. So bookinglah awal dan datang tepati masa ye. 

Nak booking? Whatsapp je 0133173128. Kami ada pakej shooting saja ataupun dengan siap print dan frame. Jumpa nanti.. selamat hari raya….

P/S: Video di bawah demo shooting tema tahun lepas. Tapi gambar gambar sample dibawah semua gambar tahun 2022 punya. 

Gambar studio raya shah alam cantik lawa klang kajang bangi seremban nilai puchong petaling bangsar ttdi sungai buloh johor bahru

Studio Gambar Shah Alam Selamat hari raya aidil fitri mulia

Studio Photography Set Raya Shah Alam

Studio Raya

Bila lagi nak mengabadikan kenangan indah yang cantik dengan ahli keluarga kalau bukan sekarang? Semakin hari kita semakin berusia dan anak anak semakin dewasa.

Suatu hari nanti, gambar yang indah yang dirakam sewaktu sekaranglah yang akan membantu ibu bapa yang dah berusia untuk mengenang kembali wajah anak anak sewaktu kecil. Untuk anak anak pula, gambar bersama adik beradik dan ibu bapa pastinya akan mengimbau kenangan manis dan segala kasih sayang yang telah mereka terima.

AD STUDIO telah membantu beribu pelanggan mengabadikan kenangan keluarga mereka dengan cemerlang. Hubungi kami hari ini untuk tempahan.

 

AD STUDIO
Photo Studio Shah Alam
Shoplot : Floor 01, Unit No 05
Alam Idaman Serviced Apartment, Jalan Budiman 22/3
Shah Alam Selangor.
0133173128

Mana la nak dapat gambar macam ni kat studio lain.. boleh pulak sikenit ni excited sangat nak bergambar… Setup kamera kami flexible, dalam satu ruang ni, kami boleh shoot seberapa wide, atau close up kat anak anak. Dan seriously, kalau ada yang cakap nak sekeping dua gambar, memang takkan dapatlah gambar macam ni. Kami shoot lebih 200 keping kot nak dapat moment ni.  Walaupun tak ada gerenti boleh dapat macam ni, tapi kami suka mencuba. 

Cantik tak kakak bergambar macam ni? Selalunya anak anak bila datang bergambar kat studio, dia freeze je. Ada la dalam 1/100 yang betul betul suka posing depan photographer. Mostly diaorang pun takut tengok photographer. Tapi insya allah pengalaman bertahun tahun boleh bantu untuk pose kan anak anak sampai jadi cantik comel macam ni. Kakak ni photographer yang posingkan.  Ada banyak cara kita boleh posingkan tapi posing ni paling simple bebudak nak ikut. Dan nak suruh buat pun ada step dia. 

Family moment macam ni, walaupun kami stagekan kedudukan masing masing, tapi gelak ketawa sicomel ni real. Bila dah besar nanti, kalau tengok balik gambar sicomel macam ni, berharga tak gambar ni? berapa agaknya nilai moment ni?
Senyum anak anak macam ni sangat berharga. Nak abadikan dalam gambar bukan mudah. Pada kami yang susah bukan teknikal, tapi moment camni tak boleh dirancang. Gelak macam ni datang tiba tiba dan dalam split second je. Masa yang lain dia tengok photographer dengan muka blank je… Dan utk adik ni sebenarnya masa mula mula masuk… meronta dia takut tngok tempat baru. 

Client selalu risau tak pandai posing dan gambar tak cantik. Insya allah kami akan bantu tentang tu. Sama macam keluarga encik roni, terima kasih sudi pilih kami selepas tngok review di google. Teknik kami sebenarnya simple je.. first sekali kami just letakkan setiap seorang pada lokasi dalam gambar ikut kesesuaian utk hasilkan komposisi gambar family yang menarik. Then barulah kami handle setiap seorang supaya boleh duduk dengan pose yang baik. 
Atas dasar keselamatan, kami sangat mengelakkan menyentuh mana mana client wanita/anak perempuan semasa menggayakan client. Sekiranya teramat perlu, kami akan meminta kebenaran terlebih dahulu kerana kami amat hormatkan privacy client, tetapi style macam ni sangat sangat jarang terjadi. Utk lelaki kami tak mintak kebenaranlah sebab photographer pun lelaki. Kami terus letak je tangan atau kaki tu mana kami rasa perlu. Tapi tu pun sangat jarang jarang terjadi. Insya Allah kami sangat menjaga kehormatan semua client kami.

Ada family yang concern tentang warna baju. Untuk set cinematic garden ni, tak ada masalah pun kalau nak bergambar dengan baju warna apa pun. Sebabnya dalam set ni, warna latar jauh lebih gelap dari baju yang akan menerima lampu khas utk menerangkan subjek saja. Dan lagi warna lampu kat belakang tu kami boleh tukar kepada sebarang warna.. nak hijau, oren, kuning biru pun boleh.