Apabila bercerita tentang photoshoot raya distudio, memang banyak pilihan studio yang menawarkan pelbagai kreativiti dalam setting backdrop dan theme. Ada yang buat ala modern, ada yang buat ala klasik, ada pulak yang tak setting apa apa, buat macam biasa je. Client ni datang dari pelbagai lapisan dan pelbagai citarasa, ada yang sangat telitit, ada yang tak kisah, ada yang teringin satu theme saja, ada juga yang pilih pelbagai faktor, termasuklah harga, pakej yang diberikan dalam satu harga, dan macam macam lagi.

Untuk kami di AD STUDIO Shah Alam, sememangnya kami menitikberatkan banyak perkara, terutamanya tema set yang kami hasilkan dari tahun kesetahun. Namun prinsip asal perkhidmatan fotografi kami tetap sama, iaitu memberikan sejumlah gambar yang mempunyai banyak kreativiti dalam satu tempoh masa perkhidmatan yang diberikan.

Untuk menilai adakah perkhidmatan kami berbaloi ataupun tidak, dengan harga yang dikenakan, client perlu melihat contoh gambar yang kami serahkan pada pelanggan kami. Sebagai contoh dalam set gambar diibawah… kami akan cuba terangkan falsafah kerja kami tentang posing saja dulu. belum cerita lighting, atau composition gambar ataupun editing atau printing. Baru posing saja dulu.

Photoshoot raya di AD Studio Shah Alam 1

Gambar diatas merupakan set gambar dengan posing formal bagi gambar pasangan dengan dua anak. Kami membenarkan client merakam samada gambar seorang, berdua, bertiga atau kesemua sekali dalam tempoh masa yang kenakan. Sesetengah studio cuma membenarkan merakam dengan semua orang dalam gambar dalam satu masa. Ni semua depend keputusan studio tu lah. Kami ok je shoot mana mana pun.

Dalam set diatas, kami akan cuba merakam dengan background berbeza, dan pada setiap background tu, kami akan buat pose berbeza walaupun untuk rakaman utk 2 orang saja. Ada gambar berdiri, ada gambar dua dua duduk, ada gambar duduk style lain, berdiri style lain. Dan dalam setiap posing style tu, kami akan cuba adjust sedikit demi sedikit kedudukan tangan, kepala, kaki dan sebagainya. Teknik ini kami panggil staged pose. Akan tetapi kenapa micro adjustment dalam staged pose ni penting?

Sebabnya, matlamat utama kami adalah untuk menghasilkan gambar yang menarik bukan saja dari segi tema dan lighting, tapi juga dari RUPA BENTUK setiap orang, dan juga Bahasa badan setiap orang. Posing adalah sekadar teknik untuk memastikan subjek dirakam dalam bahasa badan yang baik. Bahasa badan yang baik perlu menunjukkan setiap subjek berada dalam karakter yang baik, tidak nampak jelek, tidak nampak lemah, nampak lebih kemas, nampak detail bentuk wajah, mata, mulut, bibir tangan semua. Ini baru saja tentang satu orang subjek. Bila ada dua orang subjek dalam satu gambar, jurugambar perlu memerhatikan rupa bentuk dan juga bahasa badan kedua dua orang tersebut. Dan juga, apabila terdapat hubungan antara keduanya, cthnya suami isteri, jurugambar juga perlu memastikan adakah gambar yang dirakam itu perlu menunjukkan bahasa badan antara dua orang yang menunjukkan maklumat kasih sayang, terlalu kasih, bosan, mesra, kelakar, happy bersama dan sebagainya. Maklumat seperti tangan perlu letak dimana, kepala senget dimana dan apa maknanya, perlu ada dalam posing vocabulary jurugambar,

Dan tahukah anda, terdapat juga perbezaan bahasa badan yang menunjukkan hubungan (relationship) antara insan bercinta, adik beradik, 1 tahun berkahwin, 10 tahun berkahwin, even 50 tahun dah berkahwin? Malah cara peluk antara adik beradik lelaki dengan perempuan, adalah berbeza antara sesama adik beradik lelaki. Secara asasnya, apabila menggayakan customer, kami akan menggunakan kebiasaan normal yang boleh diterima secara general oleh sesebuah bangsa (mengikut common sense), dan gaya hidup. Ye.. kami menilai juga gaya hidup secara general seberapa mampu (walau kadang kadang tersilap duga). Yang lebih islamik selalunya amat reserved jadi selalunya kami sangat berhati hati tentang mahram apabila meletakkan ipar duai bersebelahan. seeloknya kami asingkan supaya bila nak buat free style atau pose mesra, mereka x lah risau bersentuhan. Ada juga family yang tak kisah semua ini.

Tugas kami adalah menunjukkan relationship yang “make sense” dalam sebuah gambar. Budaya melayu memang tak mengamalkan menunjukkan bahasa badan dikhalayak ramai disebabkan adab sopan, membuatkan kerja kami lebih mencabar, Tetapi kami tetap akan cuba, selagi client ok, dengan membuat adjustment sedikit demi sedikit, dan itu membuatkan kami perlu mengambil gambar lebih banyak. Demi mendapatkan gambar dengan hasil yang lebih baik.

Merakam gambar kanak kanak adalah lebih mencabar. Jika kita menggunakan arahan, kanak kanak tidak enjoy sebab bukan itu yang dia nak buat. So kami selalunya akan menggunakan teknik free pose. Tetapi dengan meletakkan mereka pada kedudukan tertentu dahulu. Dan Ini juga mencabar sebab mereka pasti akan meubah kedudukan mereka sesuka hati. Sebab itu, shooting kanak kanak dalam style sebegini memerlukan kepantasan yang tinggi. Kami akan menggunakan continous burst mode dengan 10 gambar dalam sesaat, teknik sama yang digunakan oleh jurugambar sukan untuk menghasilkan gambar sukan. Tetapi, proses dalam studio ada cabaran tersendiri , dimana kami perlu menata cahaya untuk portrait dengan baik dan memastikan cahaya mampu keluar setiap kali kamera mengatup shutter.

Ini membawa kepada spesifikasi kamera dan lighting unit itu sendiri. Merakam dalam studio secara burst, memerlukan peralatan dengan spesifikasi yang tinggi. Kamera perlu mampu mengfokus pada subjek dengan kadar pantas, dan unit lampu studio perlu mampu memancarkan cahaya secara rapid tanpa gagal. Investment pada unit sebegini tidaklah murah dan setiap studio, perlu mempunyai backup unit yang sama. Mean dual investment. Kamera dan lampu cumalah barang eletronik yang pasti akan gagal berfungsi pada satu masa, cuma tak tahu bila saja. AD STUDIO mempunyai backup untuk setiap unit yang digunakan, supaya jika sampai waktunya semasa kami sedang berkerja, client tidak akan terkesan dengan sebarang kegagalan peralatan.

Setakat ini, inilah yang kami boleh kongsikan tentang satu aspek saja, iaitu posing. Terlalu banyak variables yang perlu difikirkan dalam menghasilkan satu set gambar yang boleh memberikan nilai yang tinggi pada client. Untuk posing saja perlu memikirkan details sekecil kecil sehelai rambut jatuh depan mata (kalau boleh avoid la, kalau tak nampak dah nak buat macamana kan?) Sebab in case customer nak gambar tu sebesar dinding rumah, yes, rambut tu akan kacau pandangan mata. Dah nak kena photoshop. Ramai yang ingat kerja photoshop ni mudah. Actually memang mudahlah utk this particular case, tapi.. still kena 5 minutes juga masa dalam hidup kami utk edit out rambut tu. Dan kami tak boleh charge customer 5 minutes ni. Better shoot perfectly untuk elak dari kami perlu belanja kami masa pada unnecessary editing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *